Monday, March 15, 2010

Asal Usul Yahudi Di Tanah Arab

Pakar-pakar sejarah Islam menceritakan perkara ini berlaku sewaktu Yaman, sebuah negeri di Semenanjung Arab, diperintah oleh satu kaum yang dipanggil tubba'. Kaum ini ada disebut dalam Quran yang bererti orang-orang Yaman. Pemerintah Yaman ketika itu bernama Tabban bin As'ad. Kegemaran raja ini ialah berdagang dan melancong. Macam hobby aku gak tu.

Suatu hari raja tersebut bersama-sama dengan anaknya serta tentera-tenteranya keluar untuk berdagang ke Syam. Dalam perjalanan, mereka singgah di Madinah dan anaknya disuruh tinggal di Madinah untuk menguruskan perniagaan di situ. Kemudian berlaku perselisihan antara penduduk Madinah dengan anak raja tersebut yang berakhir dengan anaknya dibunuh oleh penduduk Madinah. Bila Tabban dapat tahu je dia pun berpatah balik untuk menuntut bela di atas kematian anaknya. Ye lah....sapa tak bengang bila anak dibunuh. Maka berlakulah peperangan antara orang Yaman dengan orang Madinah.

Dalam peperangan ni, Tabban mendapati orang-orang Madinah mempunyai sikap pelik iaitu mereka hanya berperang pada waktu siang dan di sebelah malam pulak mereka ni memberi makanan dan minuman kepada tentera Tabban. Tapi Tabban tetap berkeras untuk menuntut bela. Sedang dalam berperang nilah pendeta-pedeta Yahudi dari Syam datang menemui Tabban dan bertanya apa tujuan Tabban berperang. Tabban memberitahu pendeta-pendeta tersebut yang dia hendak menghancurkan Madinah.

Pendeta Yahudi tu jawab yang Tabban tak akan dapat mencapai hasratnya malah Tuhan akan memusnahkan Tabban sekiranya meneruskan hajatnya. Ini adalah kerana kata pendeta tu pada Tabban, Madinah adalah tempat penghijrahan Muhammad bin Abdullah seperti yang tertulis di dalam kitab Taurat. Maknanya, orang-orang Yahudi ni memang dah tahu tentang nabi akhir zaman. Awatla depa la ni degil sangat.

Bermula saat tu, Tabban tertarik dengan kitab Taurat dan akhirnya dia memeluk agama Yahudi dan tidak memerangi orang-orang Madinah.

Selepas itu Tabban dan rombongannya bergerak ke Mekah. Sewaktu sampai di Mekah, Tabban diberitahu oleh suku Huzail (orang Yahudi) yang memusuhi orang-orang Mekah, bahawa terdapat sebuah bangunan yang dipanggil Kaabah di mana di bawahnya tertanam emas dan permata. Masa tu orang-orang Arab memang tanam emas dan permata untuk memuliakan Kaabah. Tabban pun apa lagi, bersiap la nak serang Kaabah. Pendeta Yahudi tadi tu dapat tahu dan terus menasihatkan Tabban supaya membatalkan rancangannya. Pendeta Yahudi tu kata, setahu mereka, Kaabah tu satu-satunya Rumah Tuhan di muka bumi ni. Jadi, kalau serang nanti Tuhan akan hancurkan Tabban. Sebaliknya, pendeta tu cadangkan pada Tabban agar tawaf di keliling Kaabah nanti.

Sewaktu di Mekah, Tabban bermimpi yang dia menyelimutkan Kaabah dengan kelambu. So, apa lagi dia pun arahkan orang-orangnya buatkan kelambu untuk Kaabah. Tabbanlah orang yang pertama memakaikan kelambu pada Kaabah dan tradisi ini diteruskan sampai sekarang. Cuma sekarang kelambu tu kain dia kelllaaaass la. Benang emas. Wangi lagi.

Bila Tabban balik ke Yaman dia ajak la rakyat dia masuk agama Yahudi. Masa tu rakyat dia sembah api (Majusi le). Tapi rakyat dia ingkar. Berani lawan raja ekkk... Nak solvekan problem ni, pendeta Majusi mintak berhakim dengan api di rumah api. Caranya, bila pintu rumah api dibuka, siapa yang mula-mula disambar api maka dia di pihak yang salah. Tabban setuju. So, sampai masa mereka pun pergi ke rumah api tersebut. Bila pintu dibuka kali pertama api pun terus menyambar pendeta Majusi tu dan dia pun lari. Ambik kau. Nak main-main dengan api. Rakyat tak puas hati dan mintak pusingan kedua. Kali ni pun sama dan pendeta tu pun mati kena api.

Bermula dari situlah semua rakyat Yaman masuk Yahudi dan seterusnya bertapak di Semenanjung Arab. Wallahua'lam.

Petikan dari buku "Biografi Muhammad Bin Abdullah" karya Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment